Social Icons

Tuesday, July 31, 2012

WHAT MA63 IS ALL ABOUT?


United Nations - Treaty Series

(MALAY TEXT - TEXT MALAIS)

United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara,Sarawak dan Singapura;

Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;

Bersetuju saperti di·bawah ini:

Perkara I
Tanah2 Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan « Malaysia ».

Perkara II
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari Malaysia »).

Perkara III
Kerajaan United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian ini.

Perkara IV
Kerajaan United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen United Kingdom

No comments: